Syukuri nikmat dikurniakan

Syukuri nikmat dikurniakan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi S.A.W tidak semestinya haram atau tidak boleh dilakukan.

“Jika tidak terdapat Nas yang menunjukkan haram atau halalnya sesuatu perkara itu, hukumnya adalah harus, bukan haram atau Bid’ah Dholalah (sesat),” tekan Khatib dalam Khutbah Jumaat, hari ini.

Katanya lagi, sesuatu perkara itu hanya haram atau tidak boleh dilakukan jika ada ancaman berupa seksaan, jika amalan itu dikecam oleh syarak atau ada hukuman disediakan, jika amalan itu dilakukan dan jika ada lafaz.

Dalam perkara ini, Khatib menyeru untuk sama-sama mensyukuri segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah ke atas Negara Brunei Darussalam terutama nikmat persefahaman dalam mengamalkan ajaran agama Islam.

“Dengan berpandukan ajaran agama yang betul, supaya keamanan, perpaduan dan ketenteraman yang dinikmati selama ini berkekalan selama-lamanya, jangan mudah mempercayai dan mengikut anasir-anasir yang cuba memecah-belahkan keharmonian bernegara dan beragama.

“Sehubungan itu, semoga Brunei sentiasa terhindar daripada perselisihan dan sentiasa berpegang teguh kepada amalan-amalan baik dengan cara bersatu padu dalam bernegara dan beragama,” ujar Khatib.

ARTIKEL YANG SAMA