T.C.Y Motors lancar laman mikro sangYong

T.C.Y Motors lancar laman mikro sangYong

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – T.C.Y Motors selaku pengedar tunggal kenderaan jenama SsangYong di Brunei, hari ini, telah melancarkan laman mikro tivoli.ssangyong-brunei.com sebagai persediaan pelancaran Tivoli baru pada Jun depan.

Pengurus Jualan T.C.Y Motors Sdn Bhd, Annison, semasa sidang media di bilik pameran T.C.Y Motors, Kiarong, hari ini, menjelaskan laman mikro itu mudah diakses dan menampilkan galeri imej yang memaparkan ciri-ciri dalam dan luar kereta bersama keterangan mengenai pelbagai bahagian kereta SUV Tivoli baru.

Di samping itu, orang ramai juga berpeluang memenangi satu unit Samsung S6 Edge 32GB menerusi promosi cabutan bertuah yang bermula hari ini hingga 11 Jun, dengan hanya mendaftar di laman mikro berkenaan, dan cabutan akan diadakan pada 12 Jun bagi memilih seorang pemenang.

Para peserta cabutan bertuah di laman mikro itu digalakkan untuk mengisi borang dengan keterangan penuh untuk pengesahan, atau melayari laman Facebook www.facebook.com/SsangyongBru untuk pendaftaran dengan menekan butang pendaftaran (registration) Tivoli.

Pengurus Jualan T.C.Y Motors Sdn Bhd ketika menerangkan kepada media cara mengikuti cabutan bertuah yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja.
Pengurus Jualan T.C.Y Motors Sdn Bhd ketika menerangkan kepada media cara mengikuti cabutan bertuah yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja.

Model-model kereta terbaru SsangYong dan aktiviti-aktiviti terkini juga boleh dilayari melalui laman Facebook yang sama.

Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke bilik pameran SsangYong di Unit 1-4, Tingkat Bawah dan Tingkat Satu, Bangunan Kiarong Sentral, Simpang 22, Jalan Dato Ratna Kampung Kiarong atau hubungi talian 2426868.

ARTIKEL YANG SAMA