T.O.P. (Big Bang) bakal sertai latihan tentera

T.O.P. (Big Bang) bakal sertai latihan tentera

PENYANYI T.O.P. bakal berehat daripada dunia seni selama dua tahun selepas dia dilaporkan bakal menjalani latihan ketenteraan dalam masa terdekat ini.

Allkpop melaporkan ahli kumpulan Big Bang itu turut mengambil ujian polis bantuan khas sebagai kelayakan untuk dipanggil menyertai latihan tentera pada 25 Oktober lalu.

Agensi Polis Kebangsaan dalam satu kenyataan pada 11 November lalu memberitahu penyanyi itu lulus ujian tersebut.

Bagaimanapun T.O.P. masih belum mengesahkan tarikh sebenar dia akan menyertai latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada lelaki di Korea Selatan itu.

T.O.P. bakal menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun.
T.O.P. bakal menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun.