TA mohon maaf kepada Tomic

TA mohon maaf kepada Tomic

SYDNEY, 13 Julai (Reuters) – Tenis Australia telah memohon maaf di atas ‘kesilapan perkeranian’ dalam siaran media yang merenggangkan pemain tempatan Bernard Tomic beraksi dalam ‘Hall of Shame’ menentang John–Patrick Smith.

Siaran akhbar itu berkata Tomic, yang disingkirkan daripada pasukan Piala Davis Australia selepas perbalahan bersama pegawai, menentang Smith dalam ‘Hall of Shame Tennis Championship’ menyebabkan perbalahan dalam rangkaian media sosial.

“Tenis Australia memohon maaf bagi kesilapan dalam perkhidmatan harian itu,” kata badan sukan itu dalam kenyataan.

“Ini sudah dibetulkan dan kami berharap Bernard Tomic dan JP Smith yang terbaik dalam ‘Hall Of Fame Championship’ di Newport,” kata TA dalam kenyataan.

“Ini adalah satu kesilapan yang tersebar luas dalam media sosial sehingga mencetuskan perbincangan bagaimana kesilapan seperti itu boleh berlaku. “Kami mempunyai kakitangan yang melakukan kesilapan menaip. Tidak ada sebarang tujuan jahat.

Hubungan TA bersama pemain terbaik Australia, Tomic, telah lama beku tetapi mencapai kedudukan terrendah di Wimbledon apabila pemain nombor 26 dunia itu mendakwa pegawai tidak hormat dengannya dan gagal menyokong beliau dan adik perempuannya Sara, yang beraksi dalam pertandingan ITF.

Tomic juga berang juara grand slam dua kali Pat Rafter yang juga bekas kapten Piala Davis dan sekarang pengarah persembahan tertinggi TA, menggambarkannya sebagai ‘pelakon yang bagus’ dan pelawak TA.

Australia dijadualkan menentang Kazakhstan dalam suku akhir Piala Davis minggu ini tetapi dicemari perbalahan dan kontroversi yang menyelubungi Nick Kyrigos.

ARTIKEL YANG SAMA