Tabuan Muda beri kejutan

Tabuan Muda beri kejutan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Tabuan Muda mengejutkan finalis yang tewas tahun lalu, Najib i-Team dengan jaringan tipis 1-0 untuk mara ke separuh akhir Piala FA DST 2015 sekali gus membuat temu janji dengan juara bertahan, MS ABDB.

Bernasib baik mencatat keputusan seri 1-1 dengan DSP United pada pusingan ketiga akibat kesilapan penjaga gol DSP United sebelum menang 4-3 menerusi sepakan penalti penentuan untuk menang agregat 5-4, nasib baik terus mengiringi kempen Piala FA DST 2015 Tabuan Muda, kali ini menerusi jaringan sendiri pemain lawan.

Pertarungan sengit di Kompleks Sukan Berakas (KSB) itu tidak menyaksikan sebarang gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan ke atas lawan masing-masing, hanya jaringan sendiri Mohd Noh bin Haji Mat Johari pada minit ke-81 menjadi penentu perlawanan.

Tabuan Muda (hitam) menang 1-0 ke atas Najib i-Team untuk mara ke separuh akhir Piala FA DST 2015.
Tabuan Muda (hitam) menang 1-0 ke atas Najib i-Team untuk mara ke separuh akhir Piala FA DST 2015.

Kekalahan ke atas Najib i-Team itu sekali gus menidakkan peluang Najib i-Team menebus kekalahannya di perlawanan akhir Piala FA DST 2014 ke atas MS ABDB, lawan yang sedang menanti di separuh akhir tetapi sebaliknya memberi laluan kepada Tabuan Muda membuktikan kehebatan mereka menidakkan perlawanan akhir buat juara bertahan berkenaan.

Kemaraan MS ABDB ke separuh akhir sudah cukup hebat apabila mudah menjinakkan Kasuka FC dengan jaringan 5-1 di suku akhir pada 9 Disember, menyambung rentetan kemenangan hebatnya 9-1 ke atas Wijaya FC pada 4 Disember disusuli dengan menewaskan Jerudong FC 3-1 pada 7 Disember.

ARTIKEL YANG SAMA