Tabuan ‘tajamkan’ sengat di Kemboja

Tabuan ‘tajamkan’ sengat di Kemboja

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Skuad Bola Sepak Tabuan kini berada di Kemboja bagi mengadakan beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan bola sepak kebangsaan Kemboja di sana selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pagi ini.

Mengetuai pasukan bola sepak kebangsaan Brunei Darussalam di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Mike Wong yang akan berada di Kemboja sehingga 4 November berkenaan ialah Exco NFABD, Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim sebagai Pengurus Pasukan.

Hadir bagi mengucapkan selamat berlepas dan berjaya kepada para pegawai dan pemain skuad kebangsaan berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Agung NFABD, Haji Abdul Razak bin Haji Hasbullah.

Skuad Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam bergambar ramai bersama Haji Abdul Razak bin Haji Hasbullah (lima dari kiri) sejurus sebelum berlepas ke Kemboja di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Skuad Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam bergambar ramai bersama Haji Abdul Razak bin Haji Hasbullah (lima dari kiri) sejurus sebelum berlepas ke Kemboja di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA