Tabuan U18 ungguli takhta Liga Perdana DST

Tabuan U18 ungguli takhta Liga Perdana DST

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 27 Mei – Tabuan U18 buat buat pertama kali mengungguli takhta Liga Perdana DST apabila menang tipis 1-0 ke atas Setia Perdana malam tadi di Kompleks Sukan Tutong.

Gol kemenangan dan tunggal perlawanan itu hadir pada separuh masa pertama menerusi jaringan Nurul Hadi bin Yusof pada minit ke-24.

Menerusi kemenangan keenamnya dalam kancah Liga Perdana tahun ini berkenaan, Tabuan U18 kini mengumpul 21 mata, dua mata di depan pendahulu liga sebelum ini iaitu Kasuka FC yang masih memiliki satu permainan dalam tangan.

Walaubagaimanapun pasukan di tangga ketiga merupakan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana musim ini kerana setakat ini memenangi keenam-enam perlawanannya untuk mengumpul 18 mata.

Liga Perdana DST 2015 akan diteruskan lagi pada Jumaat, 29 Mei ini dengan perlawanan di antara Menglait FC dan Besa FC, di Kompleks Sukan Berakas, bermula pukul 8:15 malam.

Tabuan U18 kekal tanpa kalah dan mencatat kemenangan keenam malam tadi dengan menewaskan Setia Perdana.
Tabuan U18 kekal tanpa kalah dan mencatat kemenangan keenam malam tadi dengan menewaskan Setia Perdana.

ARTIKEL YANG SAMA