Tabung Amal Anak-anak Yatim terima sumbangan

Tabung Amal Anak-anak Yatim terima sumbangan

KUALA BELAIT, 24 Jun – Tabung Amal Anak-Anak Yatim Daerah Belait terus menerima derma dan bantuan daripada orang ramai mahu pun pihak swasta dari semasa ke semasa, dan kelmarin dua syarikat menghulurkan sumbangan.

Majlis penyerahan derma daripada Syarikat Emas Laut Sdn Bhd dan Syarikat Subtec Laut Sdn Bhd telah diadakan di Pejabat Daerah Belait.

Hadir menerima kedua-dua sumbangan tersebut dengan masing-masing sebanyak $2,500 ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib selaku Pengerusi Jawatankuasa Tabung Amal Anak-Anak Yatim Daerah Belait.

Sumbangan daripada Syarikat Emas Laut Sdn Bhd telah disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Haji Mohd Taib bin Datu Hulubalang Haji Abdul Wahab, manakala syarikat Subtec Laut Sdn Bhd disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Awang Shahbollah bin Haji Mohd Akip.

Penolong Pegawai Daerah Belait menerima sumbangan daripada Haji Mohd Taib (tengah).
Penolong Pegawai Daerah Belait menerima sumbangan daripada Haji Mohd Taib (tengah).

ARTIKEL YANG SAMA