Tabung Amal bantu mangsa kebakaran

Tabung Amal bantu mangsa kebakaran

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 20 Ogos – Mangsa kebakaran rumah di Kampung Sungai Teraban yang berlaku 14 Ogos lalu, telah menerima sumbangan bantuan daripada Tabung Amal Daerah Belait, hari ini, dengan hasrat untuk membantu meringankan belanja harian dan persekolahan anak-anak mereka, termasuk salah seorangnya akan menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah tahun ini.

Hadir menyempurnakan sumbangan itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, selaku Ketua Kampung Mumong, Yang Berhormat Haji Mohamad Yussof bin Haji Dulamin.

Turut menyaksikan penyerahan tersebut ialah Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Mohd Mersidi bin Haji Mohd Shara.

Sumbangan bagi keluarga Awang Mohd Amirruddin bin Ahmad, telah diserahkan kepada isterinya, Dayang Siti Mariam binti Mohammad.

Sumbangan derma disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Mohammad Yussof.
Sumbangan derma disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Mohammad Yussof.

Tabung Amal Daerah Belait merupakan salah satu tabung yang ditubuhkan bagi membantu keluarga yang memerlukan bantuan dan yang ditimpa masalah.

Antara bantuan-bantuan yang pernah disumbangkan sebelum ini adalah seperti bantuan membaiki rumah dan bantuan keperluan asasi kepada keluarga daif sempena Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL YANG SAMA