Tabung Anak-anak Yatim Temburong terima sumbangan

Tabung Anak-anak Yatim Temburong terima sumbangan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG 23 Jun – Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong, hari ini, telah menerima sumbangan berjumlah $5,000 daripada dua buah syarikat swasta, di majlis yang berlangsung di Pejabat Pegawai Daerah Temburong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong, Pekan Bangar, di sini.

Menerima sumbangan berkenaan ialah Pegawai Daerah Temburong, selaku penasihat tabung berkenaan, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.

Di majlis itu, Syarikat Emas Laut Sdn Bhd menyerahkan sumbangan berjumlah $2,500 yang disampaikan oleh Pengurusnya, Haji Mohammad Taib bin Datu Hulubalang Haji Abd Wahab, manakala Subtec Laut Sdn Bhd juga menyumbangkan $2,500 yang disampaikan oleh pengurusnya, Awang Shahbollah bin Mohammad Akib.

Sumbangan derma ini diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan harian anak-anak yatim.

Anak-anak yatim berkenaan juga diharap akan dapat berhemat dalam membelanjakan setiap sumbangan yang dihulurkan kepada mereka.

Haji Abdul Hamid menerima sumbangan derma dari Haji Mohammad Taib.
Haji Abdul Hamid menerima sumbangan derma dari Haji Mohammad Taib.

ARTIKEL YANG SAMA