Tabung Anak Yatim Belait terima sumbangan $8,350

Tabung Anak Yatim Belait terima sumbangan $8,350

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 1 Julai – Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Belait hari ini telah menerima sumbangan daripada beberapa buah syarikat dan persatuan serta Badan Kebajikan.

Sumbangan berjumlah $8,350.00 telah diterima oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Harris bin Othman, daripada para penderma tersebut semasa Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Belait yang diadakan di Dewan Pusat Insani di sini.

Daripada jumlah tersebut Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menyumbang sejumlah $300.00, manakala Syarikat Serikandi Group of Companies menyumbang sejumlah $3,000.00.

Diikuti dengan Syarikat Ya-Nur Trading Company Sendirian Berhad menyumbang sejumlah $1,500.00, sementara itu Syarikat Asia Enterprise menderma sejumlah $1,000.00, Chian Engineering Construction menyumbang $1,000.00, Zhung Zin Hakka Union Association menderma sejumlah $250.00, sementara itu KB Biker menyumbang $300.00 serta sumbangan $1,000.00 daripada Syarikat Kilang Papan Forestry Sendirian Berhad.

Pengurus Syarikat Asia Enterprise menyampaikan sumbangan bagi Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Belait kepada Pegawai Daerah Belait.
Pengurus Syarikat Asia Enterprise menyampaikan sumbangan bagi Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Belait kepada Pegawai Daerah Belait.
Pegawai Daerah Belait menerima sumbangan disampaikan oleh Syarikat Serikandi Group of Companies.
Pegawai Daerah Belait menerima sumbangan disampaikan oleh Syarikat Serikandi Group of Companies.

Derma daripada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Belait merupakan sumbangan-sumbangan yang diterima daripada syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan dan orang-orang perseorangan yang terkumpul dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA