Tabung Anak Yatim terima sumbangan $1,500

Tabung Anak Yatim terima sumbangan $1,500

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Jabatan Daerah Brunei dan Muara hari ini menerima sumbangan derma bagi Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan M.A.L Star Ent Sdn Bhd.

UBD tahun ini telah menyumbangkan derma sejumlah $1,000 melalui Tabung UBD, manakala M.A.L Star Ent Sdn Bhd telah menyumbangkan derma sejumlah $500.

Menerima sumbangan bagi Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara di majlis yang berlangsung di Bangunan Jabatan Daerah Brunei dan Muara pagi tadi ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Awang Rosdin bin Haji Abd Aziz.

Manakalah menyampaikan sumbangan bagi pihak UBD ialah wakil-wakil universiti berkenaan dan wakil bagi pihak M.A.L Star Ent Sdn Bhd ialah Sabhasivam.

Awang Rosdin menerima sumbangan daripada wakil UBD.
Awang Rosdin menerima sumbangan daripada wakil UBD.

Sumbangan derma ini adalah merupakan salah satu usaha dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan di samping memupuk sifat saling memeduli dan menyemai sifat prihatin kepada mereka yang kurang berkemampuan.

ARTIKEL YANG SAMA