Tabung diwujudkan bagi korban malim gunung

Tabung diwujudkan bagi korban malim gunung

KUNDASANG, 8 Jun (Bernama) – Taman-Taman Sabah (TTS) hari ini mewujudkan Tabung Bencana Gempa Bumi Gunung Kinabalu untuk disalurkan kepada malim gunung dan anggota keluarga malim gunung yang terkorban dalam insiden Jumaat lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Kewangan, Pentadbiran dan Sumber Manusia TTS Daring Laban berkata tabung itu ditubuhkan berikutan permintaan banyak pihaktermasuk dari luar negara yang mahu menyalurkan bantuan kewangan kepada malim gunung.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Daring berkata sumbangan boleh disalurkan kepada Lembaga Pemegang Amanah TTS menerusi akaun bernombor 101050010000790 (Alliance Bank) dan sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi 019-8210202 atau 019-8977553.

Beliau berkata tabung itu akan menerima sumbangan berbentuk kewangan dan pihak yang ingin memberi sumbangan seperti barangan keperluan boleh menyalurkannya kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu.

Bendera Malaysia dan Sabah dikibarkan separuh tanda perkabungan kejadian gempa. – Bernama
Bendera Malaysia dan Sabah dikibarkan separuh tanda perkabungan kejadian gempa. – Bernama