Tabung Masjid Sumbangsih Mulia ditubuh

Tabung Masjid Sumbangsih Mulia ditubuh

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk penubuhan Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid, Sumbangsih Mulia akan mengadakan majlis perasmian tabung berkenaan di premisnya Sabtu ini.

Pengurus Sumbangsih Mulia, Haji Mansor bin Haji Mohammad Yassin memaklumkan perkara ini ketika ditemui media semasa sidang media mengenai majlis yang bakal diadakan itu.

Menurut beliau, dengan adanya ta-bung dana ini, ia akan memudahkan lagi orang ramai dan pelawat untuk menyalurkan sumbangan masing-masing dan oleh yang demikian pihak Sumbangsih Mulia mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis pelancaran itu nanti.

Haji Mansor ketika ditemui wartawan
Haji Mansor ketika ditemui wartawan

Dalam temu bual bersama media, Haji Mansor turut menyatakan perasaan berbesar hatinya kepada respons positif semua pihak yang berkesudian menyalurkan derma melalui tabung itu dan menjadikan Sumbangsih Mulia sebagai badan swasta yang pertama mengadakan majlis seumpamanya.

ARTIKEL YANG SAMA