Tabung Nepal, KACA terima sumbangan

Tabung Nepal, KACA terima sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya & Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal tidak kendur-kendur menerima sumbangan daripada orang ramai dalam membantu meringankan beban penderitaan penduduk negara tersebut.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah, hari ini menerima sumbangan berjumlah $3,100 daripada Persatuan Warga Negara Malaysia di negara ini, bagi tabung berkenaan, yang berlangsung di kementeriannya.

Terlebih dahulu, cek diserahkan oleh presiden persatuan berkenaan, James Lee Kok Choo kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Awang Sahak bin Awang Salleh yang kemudian menyerahkannya kepada Yang Berhormat Pehin.

Setakat ini, tabung berkenaan berjaya mengutip sejumlah $172,685.53 termasuk sumbangan yang diterima daripada persatuan tersebut.

Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan derma untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal berupa cek yang disampaikan oleh Datuk Awang Sahak sambil disaksikan oleh James Lee Kok Choo.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan derma untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal berupa cek yang disampaikan oleh Datuk Awang Sahak sambil disaksikan oleh James Lee Kok Choo.

Sementara itu dalam acara berasingan, Persatuan Amal Cina Ji Dao Ge, hari ini, menyumbangkan $2,000 kepada Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA), di majlis yang berlangsung di Pusat KACA, Kiulap.

Cek sumbangan telah disampaikan oleh wakil persatuan berkenaan, Awang Khoo Hock Seng kepada Pengarah Urusan Pusat KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman

Haji Awang Abdul Alim berkata, dengan adanya sumbangan itu dapatlah sedikit sebanyak membantu dalam aktiviti-aktiviti harian sama ada di pusat KACA atau di rumah warga KACA.

ARTIKEL YANG SAMA