Tabur bakti dengan menderma darah

Tabur bakti dengan menderma darah

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Dengan hasrat untuk memberikan peluang kepada orang ramai supaya dapat menaburkan bakti serta membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan, sekali lagi, Kelab Rotary Bandar Seri Begawan dan Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah mengadakan Kempen Menderma Darah yang berlangsung di Dewan Pameran Lexus, Gadong, kelmarin.

Kempen itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai di mana lebih 100 orang penderma darah hadir untuk sama-sama menjayakan kempen itu yang mana mereka bukan sahaja terdiri daripada penderma yang berpengalaman tetapi juga penderma-penderma baru.

Presiden Kelab Rotary, Albert Tan menyatakan penghargaannya kepada semua para penderma yang hadir untuk menghulurkan dan menyertai kempen itu serta sokongan berterusan mereka bagi kempen itu yang sudah dilaksanakan bertahun-tahun.

Beliau juga berkata bahawa para penderma darah bukan sahaja telah menghulurkan khidmat bakti kepada masyarakat tetapi telah berjaya untuk menghulurkan sumbangan yang penuh bermakna iaitu darah bagi golongan yang memerlukan.

Pihak penganjur kempen amat gembira dengan sambutan yang sungguh menggalakkan itu.
Pihak penganjur kempen amat gembira dengan sambutan yang sungguh menggalakkan itu.

Kempen itu mencatatkan kutipan sebanyak 104 pain darah dan ia menunjukkan bahawa lebih ramai penderma tampil ke hadapan untuk menderma darah di mana setiap sumbangan itu adalah amat bermakna.

Salah seorang penderma darah iaitu Ketua Eksekutif A.K.K Design, Awang Sazali Mohd Ariff berkata bahawa beliau sudah bertahun-tahun menderma darah dan suasana menderma darah di Dewan Pameran Lexus itu amat santai dan selesa bagi melakukan kegiatan berkebajikan itu.

ARTIKEL YANG SAMA