Tadic tekad lakar impak

Tadic tekad lakar impak

LONDON, 16 Ogos (Reuters) – Pemain tengah Southampton, Dusan Tadic mahu mengulangi kejayaan awalnya musim lalu namun pemain Serbia itu sedar dia perlu bebas daripada sebarang kecederaan jika mahu melakar impak lebib besar di kelab Liga Perdana itu.

Tadic yang menjalani pembedahan ketika cuti rehat musim, menyertai kelab itu pada musim panas lalu dari FC Twente dan bermula dengan cemerlang, menjaringkan empat gol dalam 25 perlawanan Liga Perdana. Namun masalah pangkal paha menjejaskan aksinya dan terpaksa diketepikan.

“Ia satu kejayaan, tapi juga mengecewakan. Saya fikir tiada siapa menjangkakan bagaimana saya bermula dan bagaimana kami bermula sebagai satu pasukan, sesuatu yang menarik,” kata pemain berusia 26 tahun itu mengenai tahun pertamanya bersama Saints.

“Tapi saya sedar, jika cergas maka musim saya akan lengkap kerana percaya baki saingan akan sama seperti bahagian pertama, buat saya dan pasukan,” kata Tadic yang teruja untuk kekal cergas sepanjang musim.

ARTIKEL YANG SAMA