Tadika Islam ...

Tadika Islam di Austria dipersoalkan

VIENNA – Satu isu perdebatan kian memuncak di Austria selepas kajian cadangan di mana tadika Islam di Vienna telah membantu mewujudkan ‘keselarian masyarakat’ atau mewujudkan kumpulan radikal tempatan yang merbahaya di masa hadapan.

Menurut pengarang, Ednan Aslan, seorang profesor Turki-Austria di Universiti Vienna, di mana kira-kira 10,000 kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun telah menghadiri kira-kira 150 prasekolah Muslim, mengajar ilmu Al-Quran sepertimana mereka yang berugama Kristian dengan mempelajari Kitab mereka.

Sekurang-kurangnya satu perempat daripada prasekolah itu telah disokong oleh kumpulan Salafisme, atau organisasi yang melihat agama bukan hanya sebagai untuk perkara peribadi tetapi ianya diperluaskan kepada politik dan masyarakat, menurut Aslan.

“Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sesebuah pertubuhan yang sah dan memastikan mereka berada dalam landasan seorang Muslim dan mempelajari beberapa surah (dari Al-Quran),” kata Aslan kepada AFP, seorang penyelidik dalam pendidikan Islam .

“Tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka sedang melumpuhkan masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya di sana,” katanya.

Seorang wanita Islam berjalan melintasi sebuah masjid di Islam Center of Vienna, di Vienna, Austria. – AFP
Seorang wanita Islam berjalan melintasi sebuah masjid di Islam Center of Vienna, di Vienna, Austria. – AFP
Seramai 700,000 penduduk Islam Austria yang mewakili beberapa organisasi menyatakan bahawa laporan cacat Aslan ini hanya menyemarakkan api yang membakar.
Seramai 700,000 penduduk Islam Austria yang mewakili beberapa organisasi menyatakan bahawa laporan cacat Aslan ini hanya menyemarakkan api yang membakar.

Kajian yang diterbitkan tahun lepas, telah dikecam oleh pengkritik-pengkritik – tidak kurangnya dari kumpulan sayap kanan Freedom Party – di tengah-tengah serangan seperti di Paris dan Brussels, yang mana telah dilakukan oleh orang ‘Islam’ dan semakin meningkat di Eropah.

Tetapi ramai menolak penemuan Aslan itu, dan kaedah metodologi beliau dipersoalkan. Majalah Biber, yang menulis mengenai beberapa minoriti, telah menghantar seorang wartawan Islam bertudung dan menyamar sebagai seorang ibu yang sedang mencari tadika Islam bagi anaknya yang berumur 14 tahun.

Dia mendapati bahawa tiada bukti kukuh mengenai pendapat Aslan yang menyatakan bahawa mereka (kumpulan ‘Salafi kecil’) ini diusir atau mereka yang mengamalkan ajaran-ajaran yang diajarkan – diamalkan oleh agama Islam – telah diharamkan.

Tetapi menurut majalah itu, satu pertiga daripadanya adalah ‘bermasalah’, menghindari atau mengasingkan kanak-kanak tersebut daripada masyarakat. Ia juga menyuarakan kebimbangan mengenai ‘keterbukaan’ beberapa kakitangan dan tahap mereka yang bertutur bahasa Jerman.

Dewan Bandar Raya Vienna sejak dari itu cuba menenangkan keadaan dengan menubuhkan enam buah pasukan penyelidikan yang kuat bagi kajian mendalam mengenai isu ini yang akan diterbitkan pada akhir tahun ini.

Tetapi masalah pertama adalah untuk mengetahui jumlah sebenar tadika Islam yang sudah ditubuhkan di sana. Vienna mempunyai 842 tadika berdaftar, 100 daripadanya dijalankan oleh Katolik dan 13 Protestan, akan tetapi jumlah bagi tadika muslim belum lagi diketahui.

Sebahagian daripada puncanya adalah ledakan tadika yang dijalankan secara persendirian, sehingga pihak berkuasa tidak mampu mengawal atau memantaunya dan membenarkan me-reka beroperasi di bawah pengawasan mereka.

Satu isu perdebatan kian memuncak di Austria selepas kajian cadangan di mana tadika Islam di Vienna telah membantu mewujudkan ‘keselarian masyarakat’ atau mewujudkan kumpulan radikal tempatan yang merbahaya di masa hadapan. – AFP
Satu isu perdebatan kian memuncak di Austria selepas kajian cadangan di mana tadika Islam di Vienna telah membantu mewujudkan ‘keselarian masyarakat’ atau mewujudkan kumpulan radikal tempatan yang merbahaya di masa hadapan. – AFP
Seorang pekerja teknologi maklumat berusia 45 tahun berkata, beliau telah menghantar anaknya ke sebuah tadika Muslim agar anaknya dibimbing dengan “nilai-nilai perpaduan, kemanusiaan dan tanggungjawab”.
Seorang pekerja teknologi maklumat berusia 45 tahun berkata, beliau telah menghantar anaknya ke sebuah tadika Muslim agar anaknya dibimbing dengan “nilai-nilai perpaduan, kemanusiaan dan tanggungjawab”.

Vienna adalah rumah kepada 1.8 juta orang. Ia telah menjadi satu empayar yang luas, dan ia juga telah menjadi magnet kepada pendatang-pendatang luar, tidak semua daripada mereka ini sentiasa dialu-alukan.

“Tetapi apa yang baru dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah mengenai aspek agama dari segi integrasi,” kata Thomas Schmidinger, ahli pakar politik sains dan Islam di Universiti Vienna.

Austria, sebuah negara yang mempunyai 8.7 juta orang, telah menerima lebih daripada 130,000 permohonan suaka sejak tahun 2015 berikutan bermulanya krisis penghijrahan terbesar di Kesatuan Eropah sejak Perang Dunia II.

Parti Kebebasan melonjak tinggi dalam pilihan raya. Kaji selidik menunjukkan bahawa sikap masyarakat terhadap umat Islam dipandang keras. Serangan-serangan terhadap pendatang-pendatang yang mencari perlindungan meningkat pada tahun lepas. Gabungan pemerintah Centrist telah bergerak ke kanan dengan rancangannya untuk mengharamkan pemakaian tudung secara sepenuhnya di tempat awam dan meminta para pendatang untuk menandatangani ‘kontrak integrasi’.

Seramai 700,000 penduduk Islam Austria yang mewakili beberapa organisasi menyatakan bahawa laporan cacat Aslan ini hanya menyemarakkan api yang membakar.

Seorang pekerja teknologi maklumat berusia 45 tahun itu berkata, beliau telah menghantar anaknya ke sebuah tadika Muslim agar anaknya dibimbing dengan “nilai-nilai perpaduan, kemanusiaan dan tanggungjawab”. – AFP