TAG Heuer lancar jam tangan $15ribu

TAG Heuer lancar jam tangan $15ribu

GENEVA, 9 Nov (AFP) – Pembuat jam tangan mewah Swiss TAG Heuer pada minggu ini melancarkan jam tangan pintar bertujuan melawan Apple Watch, tetapi dengan harga $15,000, kata ketua syarikat dalam satu temu bual yang disiarkan semalam.

Jean-Claude Biver memberitahu akhbar mingguan Le Matin Dimanche bahawa jam tangan Carrera Connected akan dijual di kedai di New York pada tengah hari hari ini. Tiga hari kemudian, jam tangan baru itu akan datang ke Eropah.

“Jam tangan kami akan mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Apple Watch, tetapi saya tidak mahu mendedah terlalu banyak,” kata beliau.

TAG Heuer telah bergabung dengan syarikat gergasi teknologi Google dan Intel untuk mengeluarkan jam tangan yang mampu memperoleh semula beberapa saham pasaran daripada Apple, yang telah menghantar berjuta-juta jam tangannya sejak dilancarkan enam bulan lalu.

Sementara itu, jam tangan baru TAG Heuer akan mensasarkan pelanggan kaya berbanding pembeli Apple Watch.

Ia dikatakan akan dijual dengan harga $18,000, namun Biver berkata dalam temu bual semalam ia akan dijual dengan harga $15,000.

“Carrera Connected adalah jam tangan mewah dan eksklusif,” kata beliau.

Secara perbandingan, adalah mungkin untuk mendapatkan Apple Watch dengan harga kurang daripada $400, walaupun model yang lebih eksklusif boleh berharga $17,500, kata beliau.

Biver, legenda industri yang juga memimpin divisyen jam tangan pemilik TAG Heuer LVMH, menegaskan beliau tidak menganggap Apple sebagai pesaing langsung.