Tahanan reman Rustawi dilanjutkan

Tahanan reman Rustawi dilanjutkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Tempoh tahanan reman seorang lelaki Indonesia yang menghadapi pertuduhan memiliki beberapa bahan peluru pada 2 Mei ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Majistret Kanan, Haji Nabil Daraina bin PUKDSS Ustaz Haji Badaruddin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Suzana binti Pengiran Haji Abas untuk melanjutkan tahan reman Rustawi Tomo Kabul, 63, atas sebab siasatan belum lagi selesai dijalankan.

Timbalan Pendakwa Raya memberitahu mahkamah bahawa pihak polis masih menunggu kebenaran daripada pihak berkenaan untuk menghantar bahan peluru itu ke makmal di Singapura untuk dianalisis.

Majistret Kanan menetapkan 8 Jun untuk sebutan semula kes, dan menolak permohonan Peguam Rozaiman Rahman yang mewakili tertuduh untuk tertuduh diikat jamin.

Tertuduh ditahan pada 2 Mei 2015 kira-kira jam 11:19 pagi selepas pihak lapangan terbang mengimbas bagasi yang dibawanya dan mendapati terdapat imej yang mencurigakan.

ARTIKEL YANG SAMA