Tahlil bagi jemaah haji

Tahlil bagi jemaah haji

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran bagi jemaah haji bagi tahun 1438 / 2016 telah diadakan di My Nest Cafe, Serusop, di sini, pagi ini.

Majlis yang dikendalikan oleh pengurus restoran berkenaan, Haji Aspalela bin Haji Asmad, juga merupakan jemaah haji bagi tahun ini, telah dihadiri oleh lebih 70 orang termasuk para jemaah haji dan juga Profesor Dr. Haji Noralizam bin Haji Ali Akbar (penceramah bakal jemaah haji sebelum berangkat ke tanah suci) dan Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badarudin (pengendali Program Tetamu Allah.)

Acara dimulakan dengan ucapan oleh Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi selaku pengusaha majlis dengan mengalu-alukan kehadiran semua jemaah haji dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus My Nest Cafe yang telah berkesudian menyumbangkan jamuan sarapan pagi di majlis berkenaan.

Antara yang hadir pada majlis Tahlil tersebut.
Antara yang hadir pada majlis Tahlil tersebut.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah semata-mata untuk mengeratkan tali persaudaraan yang telah terjalin sebelum ini dan ini merupakan salah satu langkah untuk bersua kembali.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tahlil yang dipimpin oleh Pengiran Haji Reduan dan Doa Kesyukuran pula dibacakan oleh Profesor Dr. Haji Noralizam dan diikuti dengan menikmati jamuan.

ARTIKEL YANG SAMA