Tahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar hari ini mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang dikhususkan kepada ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Sumber-sumber dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong, selaku Penaung Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yasin dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Symsul Nizam bin Haji Badar.

Kira-kira 40 ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan menghadiri majlis tersebut yang merupakan program tahunan sempena penubuhan masjid berkenaan dan bagi sama-sama melipatgandakan pahala.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali antara yang turut hadir pada majlis itu.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali antara yang turut hadir pada majlis itu.