Tahlil di Kubah Makam Diraja

Tahlil di Kubah Makam Diraja

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Rombongan dari Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong di sini.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku salah seorang ahli PUJA Brunei.

Turut hadir ialah mantan Presiden PUJA Brunei, ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Zulkipli bin Haji Abdul Hamid dan Presiden PUJA Brunei, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

Sementara itu, turut mengadakan majlis seumpamanya semalam ialah ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Penanjong, Daerah Tutong yang diketuai oleh penasihat jawatankuasa takmir masjid berkenaan, Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi dan pengerusinya, Haji Sunaidi bin Haji Kassim.

Dato Paduka Haji Suhaimi bersama rombongan PUJA Brunei.
Dato Paduka Haji Suhaimi bersama rombongan PUJA Brunei.

Turut serta dalam majlis berkenaan ialah ahli-ahli majlis perundingan kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan PERDA.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan diikuti dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Penanjong, Haji Muhd Kartolo bin Haji Abang.

Majlis berkenaan merupakan program keagamaan yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Takmir Masjid Kampung Penanjong sebagai pengisian aktiviti bulan Ramadan yang Mubarak.

ARTIKEL YANG SAMA