Tahlil di Kubah Makam Diraja

Tahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai dan kakitangan KHEU.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin bersama yang lain hadir pada Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin bersama yang lain hadir pada Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang diteruskan dengan tahlil dan doa dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang.

Majlis keagamaan ini adalah antara aktiviti kementerian bagi mengeratkan lagi hubungan antara pegawai dan kakitangan KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya.

ARTIKEL YANG SAMA