Tahniah atlet negara

Tahniah atlet negara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Barisan atlet dan Pegawai Persatuan Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD), hari ini selamat pulang ke tanah air selepas beraksi dalam ‘The 6th TAFISA World Sport for All Games’ di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Mengetuai delegasi Brunei Darussalam ke acara itu ialah Ahli Lembaga Pengerusi SOBD, Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Haji Bunut, dibantu oleh penolong ketua delegasi, Rachael Lee dan disertai oleh Ketua Jurulatih, Suhaili bin Mohammad Yusoff dan Penolong Jurulatih, Julainah Karim.

Pasukan SOBD yang menyertai sukan tersebut dalam acara ‘Unified Team Bocce’ terdiri daripada peserta kurang upaya iaitu Khairul Amzar bin Khalid dan Syamsiah binti Takong, dan digandingkan bersama dua lagi atlet iaitu Nabil bin Esa dan Subinoorhayati Bibi.

Pasukan SOBD kali ini pulang dengan meraih satu pingat perak dalam Kategori Team Unified Bocce dan dua pingat gangsa bagi Kategori Perseorangan Unified Bocce Wanita dan Lelaki.

Gambar ramai bersama para atlet SOBD setiba mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas kelmarin.
Gambar ramai bersama para atlet SOBD setiba mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA