Tahniah JK baru NFABD

Tahniah JK baru NFABD

SAYA dan semua ‘stake holders’ dalam bola sepak di negara ini mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dan yang lama yang telah terpilih untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) untuk tempoh 2015-2019.

Junjung kasih dan junjung tahniah jua disembahkan ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden BDNOC, yang telah terpilih untuk sekali lagi menjadi Presiden NFABD bagi tempoh empat tahun pada Kongres NFABD yang diadakan di NFABD House, Berakas, pagi kelmarin (17 Oktober).

Adalah tidak dapat dinafikan akan jasa-jasa Duli Yang Teramat Mulia kerana mendaftarkan semula badan induk bola sepak dan dalam tempoh yang singkat telah berjaya memajukan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa dengan penyertaan skuad negara ke Sukan SEA 2013 dan 2015; Pusingan Kelayakan Pra Piala Dunia di Taiwan dan di BSB, AFC dan AFF Belia bawah 23 tahun,19 tahun, 16 tahun dan 12 tahun.

Begitu juga dengan HBT Cup anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan NFABD yang bermula pada tahun 2002 atas ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Terbinanya padang bola sepak ‘turf’ yang diterima kelmarin (17 Oktober) juga merupakan satu lagi detik bersejarah bagi NFABD.

Tahniah jua atas rancangan-rancangan kemajuan yang akan dilaksanakan oleh NFABD melalui Projek Matlamat FIFA antaranya padang bola sepak kedua, dewan futsal dan grand stand dan kita berharap satu masa nanti akan dipasang lampu limpah.

– Pemerhati Sukan/Bola-sepak, Jalan Muara, NBD

ARTIKEL YANG SAMA