Tahniah kepada 4 belia Filipina

Tahniah kepada 4 belia Filipina

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Empat warga Filipina yang tinggal di Brunei Darussalam, yang telah memenangi Kejohanan Seni Pentas Dunia Tahunan (WCOPA), juga dikenali sebagai ‘World Talent Olympics’ (Olimpik Bakat Dunia) yang diadakan di Long Beach, California, Amerika Syarikat, dari 10 hingga 19 Julai lalu, mengunjungi Duta Besar Istimewa dan Mutlak Filipina ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre di Kedutaan Filipina baru-baru ini.

Sharon Jusay, Pengetua Sekolah Neo-Classic telah memenangi Kejohanan Seni Pentas Dunia 2015 dan empat lagi anugerah lain dalam bermain piano dan menyanyi, di bawah Kategori Senior, Shana Mobo Holmes, pelajar Gred 5 di Sekolah Antarabangsa Jerudong dan voice student (pelajar vokal) Neo Classic, telah menerima Anugerah Kejohanan Dunia Seni Pentas 2015 dan lima lagi anugerah dalam vokal solo di bawah Kategori Junior.

Sienna Mobo Holmes, pelajar Persediaan Sekolah Antarabangsa Jerudong yang juga voice student Neo -Classic School, adalah finalist akhir selain dari memenangi Emas bagi Vocal Gospel, Pingat Emas bagi model peragawati, Pingat Perak bagi Peragawati Formal dan Pingat Perak bagi Vocal Broadway.

Seorang lagi pelajar Neo-Classic School, Gyver Jude Concon juga telah memenangi Pingat Perak dan Gangsa bagi nyanyian dalam kategori Senior.

Tuan Yang Terutama mengucapkan tahniah dan mengatakan bahawa pencapaian para pemenang akan menjadi aspirasi, bukan saja kepada belia Filipina di Brunei Darussalam, tetapi juga belia Filipina di seluruh dunia.

TYT Meynardo (dua kanan) bergambar bersama belia-belia Filipina yang telah meraih kemenangan di Amerika Syarikat.
TYT Meynardo (dua kanan) bergambar bersama belia-belia Filipina yang telah meraih kemenangan di Amerika Syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA