Tahniah Kontinjen Wushu Mukim Seria

Tahniah Kontinjen Wushu Mukim Seria

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 28 Julai – Penglibatan enam peserta yang mewakili Kontinjen Wushu Mukim Seria, Kuala Belait pada Pertandingan Terbuka Wushu di Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Dalam pertandingan di Dewan Antarabangsa Badminton selama dua hari bermula 25 hingga 26 Julai lepas, kontinjen berjaya membawa pulang 12 pingat – dua emas, empat perak dan enam gangsa.

Menurut Setiausaha Persekutuan Persatuan Wushu Cawangan Belait (PPWCB) Awang Hassan bin Masri, membawa pulang 12 pingat adalah kejayaan terbesar persekutuan sejak penubuhan Wushu Mukim Seria dua tahun lepas.

“Walaupun usia mereka (peserta) ini masih muda, mereka dapat membuktikan dengan penuh semangat untuk memenangi beberapa pingat dalam pertandingan tersebut” katanya lagi.

Kontinjen wushu Mukim Seria bergambar ramai setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam.
Kontinjen wushu Mukim Seria bergambar ramai setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam.

Setibanya kontinjen di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, mereka telah disambut oleh para pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk Yang Dipetua PPWCB, ahli persekutuan, jurulatih dan anggota keluarga.

Menurut Awang Hassan lagi, kejayaan mencapai kecemerlangan bermula dengan kemenangan di sini dan beliau berazam untuk merangsang pembabitan anak muda untuk menyertai pertandingan Wushu pada masa depan.

ARTIKEL YANG SAMA