Tahniah Progresif Cellular

Tahniah Progresif Cellular

Tahniah diucapkan kepada Progresif Cellular Sdn Bhd yang mana pada 9 Oktober lalu telah mencapai ke-100,000 pelanggan sejak dilancarkan hampir dua tahun.

Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan membanggakan, kerana bertindak proaktif menawarkan pelbagai produk yang baik dan bernilai tinggi serta menggembirakan pelanggan.

Langkah-langkah seperti meniadakan bayaran lesen tahunan, menawarkan peluang ‘trade-in’ bagi telefon lama serta pakej ‘top-up’ talian baru yang berpatutan setentunya amat dialu-alukan pelanggan.

Hanya satu perkara sahaja yang perlu diperbaiki iaitu “reception service”, saya kira masih belum memuaskan dan patut dipertingkatkan. Tahniah kepada Progresif.

– Awang Marol, Jalan Tutong

ARTIKEL YANG SAMA