Tahniah SR Dato Othman

Tahniah SR Dato Othman

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Sekolah Rendah (SR) Dato Othman membolot tiga daripada empat kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei IIA Tahun 2015 yang berakhir hari ini.

Sekolah berkenaan menjuarai kategori Perseorangan Perempuan, Beregu Lelaki dan Beregu Perempuan, manakala dalam satu lagi kategori iaitu Perseorangan Lelaki telah dijuarai SR Dato Marsal.

Muncul juara Persorangan Lelaki ialah Md Nasriuddin bin Md Jailani, manakala naib juara dimenangi Syuwari Zawawi bin Suhardy dari SR Pantai Berakas, dan Amirul Afiq bin Abidin dari SR Jalan 49 memenangi tempat ketiga.

Perseorangan Perempuan dijuarai Noor Nabilah Syakirah binti Haji Mohammad, disusuli Dayangku Nurul Izzatul Nabilah binti Pengiran Haji Ibrahim dari SR Dato Basir selaku naib juara dan Rina Roney Shahera binti Jeludin dari SR Dato Marsal sebagai pemenang tempat ketiga.

Menjuarai Beregu Lelaki ialah Abdul Fatah Azizi bin Kamarujaman dan Mohd Safiq bin Suhaimi. Naib juara dimenangi Md Syahmi Darwish bin Md Salim dan Abdul Hakim Waliy Azem bin Abdul Rahman dari SR Dato Marsal, sementara Mohd Hadi Syah Aiman bin Hamid dan Mohd Aiman Syuib bin Md Ibrahim dari SR Dato Basir di tempat ketiga.

Para pemenang bersama Haji Puteh (tengah), AJK Tertinggi Kejohanan dan guru-guru pengawas masing-masing.
Para pemenang bersama Haji Puteh (tengah), AJK Tertinggi Kejohanan dan guru-guru pengawas masing-masing.

Beregu Perempuan menyaksikan juara menjadi milik Musliyana binti Musa dan Noor Nabilah Syahirah binti Haji Mohammad, manakala naib juara disandang Nurin Amanina binti Md Sapar dan Siti Nur Aisyah binti Haji Zahari dari SR Jalan 10, dan tempat ketiga dimenangi Nurrasheqah Insyeerah binti Rosli dan Nurhasfizah binti Haswadi dari SR Dato Marsal.

Hadir ke Dewan Sekolah Sukan, Kampung Pulaie bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan akhir berkenaan dan kemudiannya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Kegiatan Luar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan, Haji Puteh bin Haji Timbang.

Kejohanan tiga hari anjuran JPKK, Kementerian Pendidikan yang disertai sebanyak 10 buah sekolah dalam Kawasan Brunei IIA itu telah bermula pada 1 Ogos yang lalu dan berakhir hari ini. Penyelaras kejohanan ialah Pegawai Penyelaras Kawasan Brunei IIA, JPKK, Mohd Nadzri bin Haji Mohd Adnan.