Tahu had, bijak atur masa

Tahu had, bijak atur masa

BANGKOK, 9 Ogos – Pelancaran Pokemon Go di Thailand telah membimbangkan jeneral negara, mendorong ketua junta negara mengingatkan orang muda supaya jangan terlalu asyik bermain dan pihak tentera mengharamkan permainan itu daripada berek.

Aplikasi peranti itu boleh diperoleh di Thailand pada Sabtu, menarik ramai orang di sebuah negara di mana subbudaya Jepun mempunyai ramai pengikut.

Namun permainan itu – yang menggalakkan pengguna menggunakan laluan jalan kaki untuk mencari makhluk digital – telah mencetuskan kebimbangan keselamatan sebahagiannya disebabkan jalan raya membahayakan pejalan kaki.

“Budaya berjalan di Thailand bukan seperti di Jepun dan terdapat laluan jalan kaki adalah terhad,” beritahu jurucakap kerajaan Sansern Kaewkumnerd kepada wartawan hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, yang merampas kuasa pada tahun 2014, ‘tidak mahu mengharamkan permainan itu’.

Para pemain bermain Pokemon Go dalam telefon bimbit mereka di dalam sebuah gedung beli-belah di Bangkok pada 9 Ogos. – AFP
Para pemain bermain Pokemon Go dalam telefon bimbit mereka di dalam sebuah gedung beli-belah di Bangkok pada 9 Ogos. – AFP

Namun perdana menteri telah menggesa pemain supaya tahu “had mereka dan menggunakan masa mereka dengan bijak,” tambah Sansern.

“Permainan itu boleh menjejaskan pemain dengan perkara seperti kehilangan wang, pekerjaan mereka, pendidikan mereka serta hubungan mereka dengan orang di sekeliling mereka,” kata beliau.

Beliau menambah ibu bapa harus menasihatkan anak mereka supaya ‘berdisiplin’ dan meluangkan masa mereka dengan baik.

Komen beliau keluar tatkala Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan berkata permainan itu diharamkan dalam berek tentera dan agensi keselamatan kerajaan.

Sebuah berek di utara bandar Khon Kaen mendirikan papan tanda amaran di mana pemain Pokemon Go menghadapi hukuman penjara tiga tahun jika mereka menceroboh ke kawasan harta tentera, televisyen Channel 3 menyiarkan.

Malah terdapatnya halangan walaupun apabila mata pejalan kaki bertumpu pada jalan raya di Bangkok. Laluan jalan kaki terdapat di sana sini dan laluan keluar dipenuhi dengan halangan daripada penjaja dan pili bomba dan lopak dan wayar berselirat.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand berkata permainan itu seharusnya disambut baik bagi menggalakkan orang ramai untuk melakukan senaman namun memberi amaran penggunanya untuk berhati-hati ketika berhampiran ‘jalan, kolam renang, sungai dan terusan’.

Media tempatan beberapa hari kebelakangan telah memenuhi berita-berita mengenai ratusan para pemain yang terpaku dengan telefon mereka di luar-luar taman dan gedung beli-belah. – AFP