Tahun Baharu Cina disambut meriah

Tahun Baharu Cina disambut meriah

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Masyarakat Tionghua seluruh negara kelmarin menyambut Tahun Baharu Monyet Api 2016, yang dilihat bakal membawa tuah, keriangan dan kemakmuran yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Penganjuran rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina itu turut diadakan di seluruh negara secara sederhana namun tetap meriah dengan turut diraikan pelbagai kaum dan lapisan masyarkat.

Penganjuran rumah terbuka itu turut menjadi pentas untuk masyarakat pelbagai kaum di negara ini mengukuhkan lagi perpaduan mereka.

Di ibu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menghadiri majlis rumah terbuka anjuran MCA di Wisma MCA dan majlis rumah terbuka Gerakan di Menara PGRM.

Mereka turut berpakaian warna merah, bagi sama-sama meraikan sambutan Tahun Monyet Api yang merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bagi menyambut ketibaan tahun baharu dalam kalendar Lunar itu. – Bernama

Datuk Seri Najb Tun Razak (lima kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (empat kiri) menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) 2016 di Menara PGRM, Cheras. – Bernama
Datuk Seri Najb Tun Razak (lima kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (empat kiri) menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) 2016 di Menara PGRM, Cheras. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA