TAIB agih lebih 130 daging korban

TAIB agih lebih 130 daging korban

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Lebih 130 orang yang terdiri daripada golongan yang berhak dan anak-anak yatim dari Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop, hari ini, menerima daging korban daripada Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Darussalam Holdings Sdn Bhd dan Insurans Islam TAIB.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging korban di majlis yang berlangsung di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yusof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail, selaku Pengerusi Darussalam Holdings Sdn Bhd.

(Dari kanan) Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Halbi ,Yang Berhormat Pengiran Dato Dr. Haji Mohammad dan Dato Haji Yusoff yang hadir di majlis berkenaan.
(Dari kanan) Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Halbi ,Yang Berhormat Pengiran Dato Dr. Haji Mohammad dan Dato Haji Yusoff yang hadir di majlis berkenaan.
Tetamu kehormat ketika menyerahkan agihan daging korban kepada salah seorang penerima.
Tetamu kehormat ketika menyerahkan agihan daging korban kepada salah seorang penerima.

Pada majlis itu tetamu kehormat turut mengagih daging-daging korban kepada pegawai dan kakitangan di Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd.

Para penerima daging-daging korban berkenaan terdiri daripada para penduduk di Mukim Berakas ‘A’.

Majlis tersebut bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan-sambutan keagamaan di negara ini di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli-ahli TAIB bersama orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA