TAIB anjur majlis khatam 25 kali

TAIB anjur majlis khatam 25 kali

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Sempena meraikan ulang tahunnya ke-25, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah mengadakan majlis khatam 25 kali diselajurkan dengan solat sunat Hajat dan Doa Kesyukuran di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Penasihat TAIB.

Turut hadir ialah mantan pengarah TAIB; ahli komiti penasihat Syariah tahun 1991; Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi TAIB dan Pemangku Pengarah Urusan TAIB, Awang Rosdi Amin Yakub.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin ketika menyampaikan wakaf kepada wakil Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin ketika menyampaikan wakaf kepada wakil Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
 Antara warga Perbadanan TAIB yang memeriahkan Majlis Khatam 25 kali Sempena Ulang Tahun TAIB ke-25.
Antara warga Perbadanan TAIB yang memeriahkan Majlis Khatam 25 kali Sempena Ulang Tahun TAIB ke-25.

Majlis dimulakan dengan penyampaian wakaf berupa buku Takhtim sebanyak 200 buah yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama kepada wakil Jame Asr’ ‘Hassanil Bolkiah, Awang Haris bin Haji Suloh.

Acara diteruskan dengan majlis khatam 25 kali yang disertai oleh pegawai dan kakitangan TAIB dan diteruskan dengan solat Maghrib dan sunat Hajat berjemaah.

ARTIKEL YANG SAMA