TAIB bantu 25 keluarga kurang bernasib baik

TAIB bantu 25 keluarga kurang bernasib baik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Perbadanan TAIB dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), hari ini, telah mengunjungi rumah-rumah 25 buah keluarga yang kurang bernasib baik di keempat-empat daerah sebagai sebahagian daripada inisiatif amal tahunannya di bulan Ramadan.

Menerusi inisiatif amal ‘Barrakah Bainal Anam’ anjuran Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu, rombongan Perbadanan TAIB seramai 25 orang mengunjungi lapan buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara, enam di Daerah Tutong, lapan di Daerah Belait dan tiga di Daerah Temburong bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian.

Sumbangan-sumbangan telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Awang Haji Rosdi Amin bin Dato Paduka Haji Yaakub yang juga rombongan tersebut.

Ahli CSR Perbadanan TAIB diketuai oleh Awang Haji Rosdi Amin mengunjungi rumah-rumah keluarga yang kurang bernasib baik dan memberi bantuan barangan keperluan seharian.
Ahli CSR Perbadanan TAIB diketuai oleh Awang Haji Rosdi Amin mengunjungi rumah-rumah keluarga yang kurang bernasib baik dan memberi bantuan barangan keperluan seharian.

pg08_160622_f

Menurut Pegawai Eksekutif Pemasaran Perbadanan TAIB, Haji Amir Anwar bin POKPS DP Haji Abdul Rahman,senarai 25 keluarga berkenaan diperolehi daripada MUIB.

“Inisiatif yang dijalankan selama sehari ini diadakan bagi membantu keluarga yang kurang bernasib baik tambahan lagi di bulan yang mulia ini dan memberi keriangan pada kedatangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA