TAIB bertahlil di Kubah Makam Diraja

TAIB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Sdn Bhd (IITSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) juga telah mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

Acara tahunan perbadanan berkenaan telah dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

Turut hadir ialah Ketua Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB, dan Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Haji Rosdi Amin bin Dato Paduka Haji Ya’akub.

Majlis telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB, serta para pegawai dan kakitangan dari Perbadanan TAIB, IITSB dan DHSB. Memimpin bacaan tahlil di majlis itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Muhammad Hanafi bin Haji Zaini.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat.