TAIB bertahlil di Kubah Makam Diraja

TAIB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

Majlis keagamaan tahunan ini diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Perbadanan TAIB ke-25.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB.

Turut hadir ialah ahli badan pengarah, komiti penasihat syariah, pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan ahli subsidiari iaitu Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bersama warga TAIB ketika mengadakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bersama warga TAIB ketika mengadakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.