Taib, isteri anjur rumah terbuka Hari Raya pertama, kedua

Taib, isteri anjur rumah terbuka Hari Raya pertama, kedua

KUCHING, 29 Jun (Bernama) – Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Astana Negeri pada Hari Raya pertama dan kedua.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Penerangan negeri berkata pada Hari Raya pertama, Abdul Taib dan isteri akan meraikan tetamu bermula jam 10:30 pagi hingga tengah hari dan dari 2:30 hingga 4:30 petang.

Pada Hari Raya kedua pula, pasangan itu akan meraikan tetamu dari 10:30 pagi hingga tengah hari.

Menurut kenyataan itu, menteri, timbalan menteri persekutuan, menteri negeri dan menteri muda serta orang kenamaan lain, bagaimanapun boleh melakukan kunjungan Hari Raya terhadap Taib dan isteri pada bila-bila masa.

Mereka yang akan menghadiri majlis rumah terbuka itu dinasihati berpakaian sopan dan sewajarnya.

Sempena kedatangan hari mulia itu, Abdul Taib dan Raghad menyampaikan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin’ kepada semua.