TAIB rai anak damit lahir pada ulang tahun ke-25

TAIB rai anak damit lahir pada ulang tahun ke-25

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Sejumlah 16 anak damit dilahirkan pada 29 September 2016, bertepatan dengan ulang tahun ke-25 Perbadanan TAIB, diraikan pada majlis penyampaian sumbangan di Bilik Seminar Pusat Wanita dan Kanak-kanak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) semalam.

Hadir menyampaikan sumbangan berupa wang tunai $250 dalam akaun SiManja yang dibuka bagi setiap anak damit itu oleh Perbadanan TAIB ialah isteri Pemangku Pengarah Urusan TAIB, Hajah Norlia binti Haji Idris.

Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB, Hospital RIPAS dan Kementerian Kesihatan.

Hajah Norlia menyampaikan sumbangan daripada TAIB.
Hajah Norlia menyampaikan sumbangan daripada TAIB.

Sejumlah 16 orang anak damit lahir di seluruh negara dengan Daerah Brunei-Muara merekodkan jumlah tertinggi seramai 14 orang anak damit terdiri daripada enam anak damit lelaki dan sembilan perempuan yang lahir di RIPAS.

Manakala Daerah Belait dan Tutong masing-masing melahirkan seorang anak damit perempuan di Hospital Suri Seri Begawan dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Tiada kelahiran dicatatkan di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam di Bangar, Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA