TAIB rai ulang tahun ke-24

TAIB rai ulang tahun ke-24

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB), hari ini, telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Sempena Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan TAIB yang ke-24 tahun 2015 di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

Solat fardu Maghrib berjemaah di majlis berkenaan.
Solat fardu Maghrib berjemaah di majlis berkenaan.
Menteri Hal Ehwal Ugama menyerahkan wakaf Perbadanan TAIB kepada Masjid Ameeraj Al-Hajjah Maryam.
Menteri Hal Ehwal Ugama menyerahkan wakaf Perbadanan TAIB kepada Masjid Ameeraj Al-Hajjah Maryam.
Warga TAIB memegang buku Surah Yasin yang diwakafkan sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-24 tahun.
Warga TAIB memegang buku Surah Yasin yang diwakafkan sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-24 tahun.

Majlis dihadiri oleh lebih 250 orang pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAlB Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd termasuk Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Penasihat Syariah.

Terdahulu sebelum itu, tetamu kehormat turut menyerahkan wakaf daripada Perbadanan TAIB kepada Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dalam bentuk buku Surah Yasin dan satu unit mesin pencetak.

Majlis kemudiannya disemarakkan dengan solat fardu Maghrib berjemaah yang kemudiannya diteruskan dengan solat Hajat berjemaah dan disusuli bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam masjid, Haji Kamarulzzaman bin Haji Jakar.

ARTIKEL YANG SAMA