Taikun AS hampir miliki Marseille

Taikun AS hampir miliki Marseille

PARIS, 20 Sept – Hartawan Amerika Frank McCourt mengadakan rundingan tidak rasmi yang ‘positif’ dengan badan pemantau kewangan liga Perancis (DNCG) Isnin lalu dalam langkah terbaru ke arah melengkapkan pembelian Marseille.

Bekas pemilik Los Angeles Dodgers, di mana zamannya sarat kontroversi, nampak yakin selepas pertemuan di Paris kurang 24 jam selepas melihat pekerja masa depannya berhempas pulas untuk seri 0-0 dalam aksi membosankan dengan Lyon di Stade Velodrome.

“Pertemuan itu sudah tentu sulit tetapi saya boleh mengatakan ia sangat membina,” McCourt, 63, kelahiran Boston berkata selepas itu. “DNCG bertanya banyak soalan yang bagus. Kami menjawab dengan teliti, betul dan sekarang kami mengalu-alukan langkah seterusnya.”

McCourt memulakan perbincangan eksklusif untuk membeli Marseille daripada Margarita Louis-Dreyfus pada 29 Ogos lalu. Sumber rapat dengan Louis-Dreyfus berkata, perjanjian itu akan diselesaikan dalam tempoh satu hingga tiga bulan. McCourt berkata adalah penting bagi beliau bertemu sendiri dengan DNCG.

“Saya mahu jawab soalan secara langsung dan memperkenalkan diri,” jelas beliau. “Ia satu langkah tepat (menjadi pemilik baru Marseille) dan langkah yang amat penting. Jadi kami berharap untuk langkah seterusnya.”

McCourt yang enggan mengulas mengenai aksi Marseille yang membosankan pada malam Ahad apabila gagal membuat walau satu pun percubaan berkata, “Usaha itu ada di sana.

Saya tidak mengulas mengenai pasukan buat masa ini sehingga saya memilikinya.”

Jika perjanjian Marseille itu berjaya, McCourt akan menjadi hartawan AS terkini memiliki kelab bola sepak Eropah selepas Man United, Arsenal, Liverpool dan Roma jatuh ke tangan hartawan dari benua yang sama.

Tempoh lapan tahun penuh bergelora McCourt di Dodgers menjadi masak dengan pergeseran Major League Baseball, yang akhirnya merampas kuasa dengan Pesuruhjaya Bud Selig memberikan alasan ‘kewangan dan operasi’ pasukan mencetuskan kebimbangan mendalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA