Taikun besar Bangladesh bakal dihukum mati

Taikun besar Bangladesh bakal dihukum mati

DHAKA, 30 Ogos – Taikun yang menjadi pembiaya utama bagi parti pejuang Islam terbesar Bangladesh mungkin dihukum mati dalam tempoh beberapa hari selepas rayuan terakhirnya gagal hari ini terhadap hukuman mati dari tribunal jenayah perang berkontroversi.

Mahkamah Tinggi menolak cubaan terakhir Mir Quasem Ali supaya membatalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya dua tahun lalu oleh tribunal tempatan bagi pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan ketika konflik kemerdekaan 1971 Bangladesh.

“Kini dia mempunyai peluang untuk mendapatkan pengampunan presiden. Atau keputusan mungkin hukuman mati dijalankan ke atasnya bila saja yang diinginkan kerajaan,” Peguam Negara Mahbubey Alam memberitahu para pemberita.

Lima orang ketua pembangkang termasuklah empat pejuang Islam utama telah dihukum mati bagi jenayah perang sejak 2013.

Mereka semua dihukum gantung beberapa hari selepas rayuan mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Keluarga mereka mengatakan mereka enggan memohon pengampunan presiden kerana mereka tidak mahu mengesahkan keseluruhan proses perbicaraan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA