Taikun kapal Taiwan meninggal dunia pada usia 90 tahun

Taikun kapal Taiwan meninggal dunia pada usia 90 tahun

TAIPEI, 20 Jan – Pengasas bagi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar di dunia, jutawan taikun Taiwan Chang Yung-fa, meninggal dunia hari ini pada usianya 90 tahun, menurut syarikatnya.

Chang memulakan perniagaan Evergreeen Marine Corp pada 1968 dengan hanya sebuah kapal kargo tunggal, namun hari ini ia sudah memiliki lebih 160 buah kapal dan empayar perniagaannya yang berselerak adalah salah satu konglomerat utama di pulau itu.

“Mr.Chang Yung-fa meninggal dunia pada pagi ini…kakitangan Evergreen Group berasa sedih dengan berita ini dan sedang berkabung,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ia tidak mendedahkan punca kematiannya.

Chang dan keluarganya juga mengawal EVA Air – pengangkutan kedua terbesar Taiwan – serta beberapa rangkaian hotel antarabangsa dan syarikat besi.

Beliau berada di tempat ke-17 dalam senarai orang terkaya Taiwan dengan anggaran kekayaan yang dimiliki sekitar AS$1.6 bilion pada 2015, menurut majalah Forbes.

Dia pernah berjanji untuk mendermakan semua asetnya kepada badan kebajikan pada 2012.

Presiden Ma Ying-jeou memuji Chang kerana ‘sumbangan luar biasanya’, menurut pejabatnya.

Syarikat Evergreen Group itu juga menjalankan yayasan amal kebajikan, sebuah simfoni orkestra dan muzium maritim. – AFP