Taiwan akan bina kapal pendarat bulan bagi NASA

Taiwan akan bina kapal pendarat bulan bagi NASA

TAIPEI, 19 Julai – Taiwan sedang membina kapal pendarat bulan bernilai AS$47 juta sebagai sebahagian daripada projek perlombongan bulan yang pertama, menurut para pegawai kelmarin.

Kapal pendarat yang akan direka oleh Institut Sains dan Teknologi Chung-shan pulau itu, akan membawa sebuah rover dan mendarat di permukaan bulan selepas tiga hari perjalanan dari Bumi.

Agensi ruang angkasa Amerika Syarikat, NASA mengetuai projek itu, yang dipanggil Resource Prospector dan bertujuan untuk menjadi ekspedisi perlombongan pertama di mana-mana di dunia lain.

Rover itu direka untuk mengekskavasi hidrogen, oksigen dan air dari bulan, kata NASA dalam laman webnya.

“Secara jujurnya, jadual itu sangat padat,” kata ketua program kerjasama antarabangsa CSIST, Han Kuo-chang memberitahu AFP, menambah bahawa AS akan membekalkan rover itu dan sistem pendorongan turun kapal pendarat itu.

“Jika Resource Prospector terbukti berjaya, bulan itu mungkin akan digunakan sebagai pangkalan bagi perjalanan ruang angkasa ke Marikh,” kata Han.

Ia adalah pertama kali Taiwan membina pendarat bulan. CSIST dikehendaki untuk menghantar kenderaan seberat 3.7 tan itu ke NASA menjelang hujung tahun 2018, menurut persetujuan yang ditandatangani antara Taiwan dan agensi ruang angkasa lepas AS.

NASA dijangka akan melancarkan misi perlombongan bulan pada awal 2020-an. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA