Taiwan bakal bina kapal selam sendiri

Taiwan bakal bina kapal selam sendiri

TAIPEI, 3 Sept (Reuters) – Taiwan telah memperuntukkan T$3 bilion untuk tempoh empat tahun, mulai tahun depan, untuk melancarkan program yang lama dinanti-nantikan bagi pulau itu membina kapal selam diesel-elektriknya sendiri.

Peruntukan itu adalah yang pertama untuk satu pelan yang telah diperkatakan sejak awal 2000, apabila satu perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk mendapatkan lapan kapal selam diesel-elektrik menemui kegagalan disebabkan sekatan teknikal dan politik.

Perbelanjaan ditetapkan dalam belanjawan kementerian pertahanan untuk tahun 2016 dan dilihat oleh Reuters.

Pelan itu keluar tatkala tentera laut lain di rantau itu menambah armada kapal selam mereka sebahagiannya untuk mewujudkan langkah pencegahan strategik terhadap sifat pendesak tentera laut China di perairan Asia.

Taiwan mempunyai empat kapal selam lama, termasuk dua yang sudah wujud sejak Perang Dunia Kedua, walaupun tenteranya dianggap agak moden.

China mempunyai kira-kira 70 buah kapal selam, serta berpuluh kapal permukaan dan kapal induk pesawat udara yang sudah diubahsuai.

China melihat Taiwan sebagai sebuah wilayah berpaling tadah dan mengaku akan menggunakan kekerasan untuk mengambil balik pulau berkenaan.

Penting kepada program kapal selam Taiwan adalah pemindahan teknologi pembuatan kapal selam dari Amerika Syarikat atau negara Barat lain.

Sokongan daripada syarikat AS atau pengeluaran kawalan teknologi eksport memerlukan kebenaran daripada kerajaan AS.

China menentang sebarang pemindahan teknologi tentera atau penjualan senjata ke Taiwan.

Pelan perbelanjaan itu, yang diperuntukkan sehingga tahun 2019, hanya merangkumi fasa reka bentuk kontrak dalam program selama beberapa dekad. Pusat R&D Ship and Ocean Industries (SOIC) di Taiwan, pereka dan pakar runding teknikal kapal yang disokong kerajaan, dijangka memilih satu konsortium untuk memimpin fasa reka bentuk kontrak, menurut sumber tentera dan industri di Taiwan.

Taiwan kekurangan kemahiran reka bentuk kapal selam, menurut tentera dalam pelan belanjawannya.

ARTIKEL YANG SAMA