Taiwan benar lawatan media ke pulau di Laut China Selatan

Taiwan benar lawatan media ke pulau di Laut China Selatan

TAIPEI, 23 Mac (AFP) – Taiwan hari ini pertama kalinya memberi kebenaran bagi lawatan media antarabangsa di pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan untuk meningkatkan tuntutannya, kurang dua bulan selepas lawatan oleh pemimpinnya yang mencetuskan bantahan daripada pihak-pihak saingannya yang juga menuntut.

Taiping adalah pulau terbesar di rangkaian Spartlys dan ditadbir oleh Taiwan, yang menganggapnya sebagai sebahagian wilayahnya.

Tetapi Spartlys juga dituntut sebahagiannya atau keseluruhannya oleh China, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei dan telah menjadi tumpuan pertikaian yang berterusan.

Lawatan ke Taiping oleh Presiden Taiwan Ma Ying-jeou pada bulan Januari mengundang kritikan dari AS yang menyifatkannya sebagai ‘sangat-sangat tidak membantu’ dan juga bantahan dari Vietnam dan Filipina.

Tetapi Taiwan masih tidak terhalang dalam menegaskan tuntutannya.

“Kami berharap masyarakat antarabangsa akan memahami kedudukan kami dalam melindungi kedaulatan kami di Laut China Selatan dan pentadbiran yang dikuatkuasakan di Pulau Taiping,” timbalan menteri luar Bruce Linghu berkata selepas kumpulan itu tiba di pulau itu.

Filipina pada masa ini di tengah kes timbang tara terhadap China di Hague berhubung Laut China Selatan.

Sebagai sebahagian kesnya, Filipina mengatakan bahawa Taiping dan kepulauan lain hanyalah ‘batu besar’, pengka-tegorian yang membantu tuntutan luasnya di kawasan itu.

ARTIKEL YANG SAMA