Taiwan beri tumpuan pada syarikat baru

Taiwan beri tumpuan pada syarikat baru

TAIPEI, 2 Jun (AFP) – Apabila pameran perdagangan Computex bermula hari ini di Taiwan, ia memberi tumpuan pada syarikat baru untuk meningkatkan bukti kelayakan teknologi di pulau itu di tengah-tengah persaingan sengit dari China.

Taiwan telah menjadi tuan rumah bagi pameran perdagangan terbesar Asia selama 35 tahun dan mencipta namanya sebagai pusat inovasi dan kejuruteraan di era Komputer Persendirian, mengeluarkan komponen dan memasang komputer.

Terbaru ia telah meraih faedah dari iPhone6 Apple baru, yang dilancarkan tahun lalu, dengan sebilangan firma-firma terkemuka Taiwan seperti Foxconn dan TSMC dilaporkan antara pembekal-pembekal Apple.

Pulau itu juga salah satu pembekal terbesar semi-konduktor di dunia dan medan bagi pihak terkenal yang berperanan dalam industri ini, dari pengeluar komputer Asus hinggalah jenama telefon pintar, HTC.

Tetapi ketika China berusaha mewujudkan industri teknologinya sendiri dengan pemajuan jenama telefon pintar domestik dan perkakasan keluaran sendiri, termasuklah cip, Taiwan menumpu pada firma-firma pakar lebih kecil yang mempunyai idea-idea baru.

Sembilan buah syarikat baru yang menurut pihak penganjur Computex berpotensi memasuki pasaran antarabangsa akan diberikan kawasan khas pameran pada pameran tahun ini buat pertama kali dalam usaha untuk menaikkan profil mereka.

“Kami mesti beralih ke arah baru, dengan lebih inovasi, daripada pengilangan besar-besaran,” kata Li Chang, timbalan setiausaha agung Pertubuhan Komputer Taipei (TCA), penganjur bersama Computex.

ARTIKEL YANG SAMA