Taiwan gesa China untuk berunding

Taiwan gesa China untuk berunding

TAIPEI, 10 Okt – Presiden Taiwan Tsai Ing-wen pada hari ini menggesa rundingan dengan China diteruskan dan berjanji “apa-apa” boleh dikemukakan untuk perbincangan.

Hubungan dengan Beijing telah merosot di bawah presiden wanita pertama Taiwan, dengan Parti Demokratik Progresif (DPP) menerajui tampuk pentadbiran pada Mei selepas satu kemenangan besar ke atas parti Kuomintang (KMT).

Tsai enggan menerima konsep “satu China,” mendorong Beijing memutuskan kesemua perhubungan rasmi dengan kerajaan baru pulau itu. China melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya yang memerlukan penyatuan.

Dalam satu ucapan yang menandakan Hari Kebangsaan Taiwan, Tsai menggesa kedua-dua pihak supaya “mengetepi sejarah dan membabitkan diri dalam dialog positif.” Kedua-dua pihak harus duduk dan berunding secepat mungkin. Apa-apa boleh dimasukkan untuk perbincangan,” kata Tsai.

Tsai Ing-wen menyampaikan ucapan semasa sambutan Hari Kebangsaan di hadapan Bangunan Presiden di Taipei, Taiwan, kelmarin. – AP
Tsai Ing-wen menyampaikan ucapan semasa sambutan Hari Kebangsaan di hadapan Bangunan Presiden di Taipei, Taiwan, kelmarin. – AP

Sementara Tsai berkata beliau tidak mahu Taiwan dan China “mengambil jalan lama konfrontasi,” kerajaannya tidak akan “tunduk kepada tekanan” daripada Beijing. Taipei telah menuduh Beijing memberi tekanan ke atas beberapa negara, termasuk Armenia dan Kenya, untuk menghantar pulau tersangka penipuan Taiwan ke China dan bukannya ke negara asal mereka.

Taiwan juga menyalahkan China kerana menghalangnya daripada menghadiri acara antarabangsa, termasuk mesyuarat penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kanada pada bulan lalu dan beberapa siri forum di Hong Kong.

“Ia adalah sikap asas kami untuk mengekal status quo dan ia berdasarkan harapan kolektif untuk perdamaian di seluruh Selat Taiwan,” kata Tsai.

Hubungan di antara Taipei dan Beijing meningkat di bawah kerajan KMT, namun meninggalkan ramai warga Taiwan bimbang kedaulatan pulau itu terancam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA