Taiwan lancarkan kapal baru

Taiwan lancarkan kapal baru

KAOHSIUNG, Taiwan, 7 Jun (Reuters) – Pengawal pantai Taiwan semalam membenarkan kapal terbesarnya untuk bertugas dalam bentuk dua kapal peronda 3,000 tan, tatkala pulau itu mempertingkat pertahanan di tengah kebimbangan mengenai pengaruh China yang meningkat di Laut China Selatan.

Kapal baru tersebut boleh berlabuh di pelabuhan baru yang sedang dibina di Pulau Taiping, yang terbesar daripada Pulau Spratly di Laut China Selatan, sebelum akhir tahun ini.

Pengawal pantai Taiwan mempunyai penyeliaan secara langsung ke atas pulau seluas 46 hektar, juga dikenali sebagai ‘Itu Aba’, sejak tahun 2000.

“Keupayaan pertahanan Pulau Taiping tidak akan menjadi lemah,” kata Wang Chung-yi, menteri Pentadbiran Pengawal Pantai, merujuk kepada kerja-kerja peningkatan yang dilakukan baru-baru ini ke atas lapangan terbang kecil sepanjang 1,200 meter di Taiping dan pembinaan pelabuhan baru, yang dikatakannya mungkin siap seawalnya pada Oktober tahun ini.

“Berhubung dengan Pulau Taiping, kami masih mengekal peranan awam,” beritahu Wang kepada Reuters dalam satu temu bual di Taipei. Taiwan tidak akan mewujudkan konflik, tetapi jika diprovok “kami tidak akan mengaku kalah,” kata beliau.

Kapal peronda Taiwan dilihat di majlis pelancarannya di Kaohsiung. – Reuters
Kapal peronda Taiwan dilihat di majlis pelancarannya di Kaohsiung. – Reuters

Tidak seperti Filipina dan Vietnam, Taiwan telah mengelak daripada terjebak dalam pertelingkahan awam dengan China berhubung Laut China Selatan, di mana $5 trilion perniagaan menggunakan kapal melaluinya setiap tahun.

Beijing menuntut kebanyakan Laut China Selatan, sementara Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan bertindih.

Tuntutan oleh Taiwan dan China wujud sebelum Nasionalis melarikan diri ke Taiwan selepas tewas dalam perang saudara dengan Komunis pada 1949.

Beijing melihat Taiwan sebagai wilayah memberontak yang harus dirampas semula pada satu hari dan mengharamkan tindakan yang akan memberikan kedaulatan, seperti berbincang perbalahan wilayah di Laut China Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA