Taiwan panggil wakil Jepun ketika pertikaian laut memuncak

Taiwan panggil wakil Jepun ketika pertikaian laut memuncak

TAIPEI, 29 April – Taiwan memanggil wakil Jepun hari ini untuk membantah rampasannya ke atas salah sebuah bot perikanan pulau di kawasan di mana Tokyo mempunyai hak eksklusif.

Bot Taiwan seberat 50 tan itu dikejar selama beberapa jam oleh sebuah kapal Jepun dan akhirnya dirampas pada minggu ini, kira-kira 150 batu nautika dari Okinotorishima, sebuah atol yang dikawal oleh Jepun.

Mereka dibebaskan selepas itu, tetapi ketegangan masih wujud kerana pembebasan diadakan hanya selepas pemilik kapal membayar “deposit tindakan guaman” berjumlah enam juta yen seperti yang dituntut oleh pihak berkuasa Jepun, kata kementerian luar Taiwan dalam satu kenyataan.

Menteri Luar Taiwan David Lin menyatakan rasa tidak puas pulau kepada Mikio Numata, yang mengendali hubungan dengan Taipei tanpa hubungan diplomatik rasmi.

“Kami telah memberitahu mereka kami tidak pernah mengiktiraf zon ekonomi eksklusif (EEZ) di Okinotorishima dan mereka tidak berhak merampas bot perikanan,” beritahunya kepada wartawan.

Okinotorishima adalah sebuah atol yang tidak mempunyai penghuni di Laut Filipina yang keseluruhannya tenggelam ketika arus surut.

Tuntutan EEZ Jepun juga ditolak oleh China dan Korea Selatan, walaupun kedua-dua negara belum mengemukakan tuntutan mereka sendiri.

Perdana Menteri Taiwan bersara Chang San-cheng mengeluarkan satu amaran keras kepada Jepun tatkala Taipei berjanji akan melindungi bot perikanannya dan berkata ia akan menghantar kapal peronda ke kawasan itu pada Isnin.

“Jangan fikir kami adalah lemah dalam isu ini. Jangan uji keputusan kami,” beritahu Chang kepada wartawan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA